SELAMAT DATANG KE BLOG

TERIMA KASIH

Cari Blog Ini

Jumaat, 7 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

Renungkan:

Al-Fatihah kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga.

Khamis, 6 Mei 2010

PERFUME TANPA ALKOHOL, GUNAKAN TANPA WAS-WAS.

Harga pasaran RM19.90
Harga saya RM 15.50 sebotol termasuk kos penghantaran.

Kandungan untuk setiap botol adalah 7ml. Hasil ujian yang dijalankan mendapati bahawa kadar pengekalan bauan adalah lebih dari 8 jam. Malah setelah dicuba wangian nya melekat pada kulit melebihi satu hari. Dan bila dibilas baunya tetap ada. Tanpa alcohol.

Saya juga ingin mencari mana-mana dealer yang berminat untuk menjadi pengedar bagi produk ini.

Harga untuk dealer adalah RM13.50 sebotol termasuk kos penghantaran dan jumlah minima adalah sebanyak 15botol. Jika lebih + Rm8.00 kos penghantaran.

Jika berminat boleh E-mail saya mazliza09@gmail.com

Buat masa ini saya keluarkan 11 jenis wangian “roll on” berikut :-

Wangian untuk perempuan
1. GUCCI – Envy Me
2. CACHERAL – Amor Amor
3. PARIS HILTON – Paris Hilton
4. CHRISTION DIOR – Dior Forever
5. DKNY – Be Delicious
6. S.FERAGAMO – Incanto Shine

Wangian untuk lelaki
1. DUNHILL – Desire Red
2. DUNHILL – Desire Blue
3. HUGO BOSS – Hugo Man
4. DAVIDOFF – Silver Shadow
5. GIORGIO ARMANI – Aquo Di Gio

Rabu, 5 Mei 2010

PERMATA HATIKU

Taraaaa....
Inilah permata hatiku yg pertama.
INTAN DAMIA MARISSA.
Hasilperkahwinanku dengan suami pada 21/12/2008.